Post 7
ALLAH berfirman bermaksud : “Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah
menyukai (menyintai) orang yang berbuat baik” – (Surah al-Baqarah, ayat 195).
Daripada ayat di atas, kita memperoleh penjelasan bahawa Allah kasih kepada
orang yang melakukan kebaikan.
Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan
yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar bahawa hidup ini adalah kesempatan
untuk mengumpul kebaikan.
Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya, Allah membenci
orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk.
Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah.
Alangkah bahagianya jika kita mendapat kasih sayang Allah.
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud): “Aku cintakan tiga jenis
manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya iaitu:
* Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang
miskin yang pemurah.
* Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya
yang rendah hati.
* Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda
yang bertaubat.”
0 comments:
Post a Comment