Thursday, November 14, 2013

Post 5

SEORANG murid telah bertanya kepada gurunya, “Bagaimanakah untuk mengetahui samada diri seorang itu mempunyai iman atau

tidak?

Guru tersebut menjawab, “Rumah manakah yang menjadi tumpuan perompak dan pencuri?”

Murid menjawab, “Rumah yang mempunyai harta.”

Guru menjelaskan, “Begitu juga dengan diri seorang. Jika diri seorang itu sering di datangi was-was ataupun godaan syaitan, ia

menunjukkan diri itu mempunyai iman.”


Iman adalah suatu yang abstrak (sesuatu yang tidak boleh dilihat). Di antara kaedah untuk mengukurnya

adalah dengan memeriksa keadaan diri kita apabila berhadapan dengan beberapa keadaan.


1. Bagaimana perasaan kita apabila terdetik melakukan kemaksiatan?


Orang yang melakukan kemaksiatan dikira oleh Nabi s.a.w. sebagai tidak beriman sebagaimana

sabda Rasulullah s.a.w. :

“Tidak beriman seorang pencuri ketika dia mencuri dan tidak beriman seorang penzina ketika

dia berzina...” dan seterusnya. Ini menunjukkan bahawa apabila perasaan seorang tidak cemas,

takut dan malu ketika hendak

atau sedang melakukan kemaksiatan,

imannya tidak berfungsi.


2. Bagaimana perasaan kita apabila melihat kemungkaran?


Rasulullah s.a.w. menyifatkan iman seorang yang tidak redha apabila melihat kemungkaran sebagai selemah-lemah iman.

Dan tiada iman selepas itu bagi orang yang redha dengan kemungkaran.

Seorang yang beriman apabila melihat kemungkaran perasaannya menjadi ‘sensitif’ kerana ia bertentangan

dengan kepercayaannya. Bagaimanakah keadaan orang yang seronok dengan perbuatan mungkar?


3. Bagaimana perasaan kita apabila meninggalkan ketaatan?


Bagaimanakah perasaan kita apabila waktu solat hampir habis sedangkan kita belum menunaikan solat berkenaan?

Tentu saja cemas atau gelisah. Dan apabila selesai solat, jiwa atau hati menjadi tenang. Jika

sebaliknya, maka perlulah kita memeriksa iman kita. Allah menyifatkan salah satu ciri

orang yang beriman adalah mereka yang mendirikan solat di permulaan surah al-Baqarah.

Ini bererti mereka yang tidak mendirikan solat, bukanlah daripada golongan yang memiliki iman..

Sebagaimana pepatah yang mengatakan ‘tepuk dada tanya iman’, begitulah yang perlu kita

lakukan setiap kali menghadapi apa saja situasi di dalam kehidupan

kita. Alat hawa dingin yang kekurangan gas atau

kereta yang kekurangan petrol, tentu saja tidak dapat berfungsi

dengan baik. Sudahkah kita berfungsi dengan

baik sebagai seorang yang beriman?


Tepuk dada, periksa iman...

 



Created with Artisteer

0 comments:

Post a Comment