Post 4
1. PEMARAH
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak
tenang.
2. PENDENDAM
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang
seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara
yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang
didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. HASAD DENGKI
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. BAKHILl
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan
lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan dia
tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih
sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi
bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang
lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia
5. TAMAK
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang
banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg
diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang
dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.
Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.
(mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat
keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang
lebih besar.
7. EGO
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang
yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah
amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau
kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..
9. CINTA DUNIA
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah
pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan
pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...
Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu
"panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
KESIMPULAN: Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara total
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH. Semakin
tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah
atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya
bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai
kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
0 comments:
Post a Comment