Thursday, November 14, 2013

Post 2

Adakah kita sebagai mahasiswa, khususnya mahasiswa islam tahu peranan kita di  kampus ini?. Kita hanya banyak memenuhi kerja-kerja kita sebagai seorang remaja, yang secara tipikalnya banyak menghabiskan masa dengan 3K (kuliah, kafe, dan kolej) dan lebih banyak berseronok apabila outing ke bandar, apatah lagi kepada yang sedang berdating dalam cinta tanpa tujuan ini. Kita sebenarnya banyak membazir masa apabila :-
·         Kita pergi outing tanpa sebab ( sekadar suka-suka) misalnya pergi ke wayang sedangkan tugasan dan laporan eksperimen masih tidak disentuh.
·         Kita pergi bersembang lama di kafe, bercerita tentang hal jantan itu, perempuan ini, sedangkan ibu bapa kita memikirkan kita sedang tekun menelaah pelajaran.
·         Kita selalu tidur lewat pagi kerana penat bermain permainan video di laptop masing-masing. Perkara ini yang kita rajin danhardcore.
·         Sedang kita bergelak sampai bergegar bilik, kita masih tidak sedar kita semakin dengan ajal kita. Jangan risau, kita masih muda lagi. Teruskan gelak dan rasa senang hati anda.
·         Kita mengaku kita umat Muhammad, umat yang terbaik di akhir zaman tetapi amal ibadah kita terlalu sedikit, yang tidak solat pun ada. Ajak pergi surau, alasannya banyak kerja perlu dibuat. Alasan ini tidak akan muncul semasa kita berdating di KK, atau semasa bersembang lama di kafetaria, atau apabila menghadap laptop sampai satu malam tidak tidur, atau kesemuanya. Alasan ini hanya muncul apabila kita diajak ke surau, atau aktiviti yang bersifat ilmiah. Biasalah, mahasiswa selalunya sibuk (tidur, dating, makan).

konsep 3K yang saya bawakan ini merupakan cebisan idea orang-orang senior yang pernah menjalani hidup sebagai seorang mahasiswa kampus. Sahabat sekalian, sedarkah kita, betapa kita suka membazir masa kita dengan perkara yang melalaikan dan sia-sia. Seperti firman Allah dalam surah Al-Asr, ayat 2:

“  Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,”

Maksud ayat yang seterusnya pasti ramai orang yang tahu. Tapi adakah kita orang yang beramal soleh, adakah kita sentiasa menasihati perkara baik kepada orang lain? Atau adakah kita ini dalam kategori orang yang sabar? Sabarkah kita apabila merungut harga makanan mahal, sedangkan kita ringan tangan menghulurkan wang untuk membeli tiket wayang yang lebih mahal?

Ketuk-ketuklah pintu muhasabah diri kita. Kita selalu sangat memberi alasan dalam membuat perkara yang sebenarnya akan mendatangkan kebaikan kepada semua khususnya kepada diri kita sendiri. Buanglah sifat mengeluh jauh-jauh dalam diri kerana sesungguhnya sifat suka mengeluh ini akan mendatangkan murka Allah. Bukankah Allah nak kita belajar untuk banyay bersabar dan bersyukur??? Jadi bila kita banyak megeluh, bagaimana kita nak tanamkan rasa syukur itu?

Bagi mereka yang “bertuah” sebab dipilih Allah untuk bergiat aktif dalam lapangan kerja dakwah, jangan rasa bangga dan terselamat dari masalah. Remember, Allah akan tanya perkara yang kita lakukan sebagai seorang mahasiswa yang menjadi pengemudi sebuah medan dakwah dikampus. Lagi satu, jangan bertanya atau berfikir, mengapa Allah letakkan kita dalam perjuangan yang penuh ranjau dan onak duri. Tapi banyaklah bersyukur sebab Allah berkenan memilih kita memasuki medan ini berbanding mereka yang tak terpilih. Allah pilih bukti Allah sayang.


Walaupun terlalu awal untuk menilai konsep 3K akan dilakukan oleh kebanyakan mahasiswa, namun pengajaran dan pengalaman yang pernah berlaku terhadap mereka yang telah bergraduan perlu  dijadikan iktibar.


Created with Artisteer

0 comments:

Post a Comment